Assalamualaikum wbt..
Hari ni aku mencuba pembelajaran secara digital di sekolah. Pelajar sekolah aku 100% tinggal di asrama dan ini merupakan satu kelebihan bagi aku untuk menjalankan program ini.
Berbekalkan projektor uc46 dan speaker, pelajar akan menonton video pengajaran yang telah rakam dengan menggunakan Microsoft Surface Pro 4 dan perisan OBS. Video yang dirakam akan dimasukkan ke dalam pendrive dan dicucuk pada projektor.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi iaitu kualiti suara, kualiti projektor yang mana hanya jelas pada kadar kegelapan tertentu dan bilangan pelajar yang mengikuti kelas.
Saya tidak mempunyai pengalaman yang luas di dalam mengajar tingkatan satu. Masuk bab 2 urutan dan pola nombor, ada subtopik nombor perdana. Apabila mengajar mesti nak "state"kan nombor perdana bermula dari dua. Setakat ni tiada lagi pelajar yang tanya mengapa satu bukan nombor perdana. Walaubagaimanapun saya tetap mengajukan soalan itu kepada pelajar dan soalan tu berbalik kepada saya kembali. Setelah di"google" maka terjawablah sudah semua persoalan tersebut melalui video di bawah.
Anda guru matematik?
Anda guru sains?
Anda menggunakan kalkulator sebagai bahan bantu mengajar?
Pelajar anda kurang mahir menggunakan Kalkulator?
Software untuk kalkulator ini boleh digunakan bersama dengan Projektor sebagai satu alat untuk membantu pelajar menggunakan kalkulator dengan lebih berkesan. Spefikasi software ini sama dengan Kalkulator CASIO fx570ms
Majlis restu ilmu untuk pelajar SPM 2014 SMKA Keningau. Calon SPM seramai 26 orang. Perempuan semua menangis. Pelajar lelaki tahan sebak. Kazarudin merah mata.
Lepas majlis, Si Wahyu datang berselfie dengan telefon Cikgu Zul
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan inayahnya dapat saya menyiapkan Modul Pembelajaran Matematik SPM. Modul ini merupakan himpunan koleksi-koleksi soalan kertas 2 percubaan SPM yang telah dikumpulkan mengikut topik.
Modul ini dihasilkan bagi membantu guru-guru dalam menyediakan soalan-soalan yang berformatkan SPM untuk diberikan kepada pelajar. Guru-guru boleh menggunakan modul ini sebagai latihan tambahan kepada pelajar dan juga sebagai koleksi soalan yang boleh digunakan di dalam peperiksaan.
Saya memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan ejaan dalam modul ini. Saya mengalu-alukan teguran dan pendapat agar dapat diperbetulkan untuk edisi akan datang. Saya juga mengalu-alukan mana-mana guru yang sama-sama dapat membantu dalam menghasilkan Skema Jawapan bagi Modul ini.
Latihan untuk pelajar tingkatan 2 telah di upload. Buat masa ini hanya topik nisbah, kadar dan kadaran sahaja yang diupload. Latihan bagi topik-topik lain akan menyusul kemudian. Klik Sini untuk memuat Turun Latihan tersebut
Assalamualaikum. Cikgu telah memasukkan video untuk topik penjemaan. Boleh klik pada menu "video" dan pilih "Penjelmaan". Sila isikan ruang komen jika mempunyai apa-apa masalah atau terus ke FB iaitu www.fb.com/cgzul